TERIMA KASIH

PROMO LAGU2 TERBARU DAN SEDAP

Sabtu, 18 Mei 2013

KUBUR BERHANTU (EPISOD 1)

Di sebuah kampung terpencil. kecoh mengenai setiap malam jumaat pasti ada saja orang mati kena bunuh.

Yang dibunuh tak kira lelaki atau perempuan.tua atau budak budak kecil.

Bila tibanya malam jumaat penduduk kampung tak berani keluar rumah.

Walaupun penduduk kampung tidak keluar dari rumah.namun tetap juga ada korban dimalam jumaat itu.

Malam itu bidan esah menjadi mangsa hantu itu.bidan esah dijemput oleh hantu itu.hantu itu menjelma sebagai orang kampung mendakwa isterinya mahu bersalin.

Tanpa berfikir panjang bidan esah cepat cepat bersiap untuk kerumah orang yang hendak bersalin itu.

Tiba dipinggir hutan kampung itu.lembaga yang menyerupai manusia itu menukar wajah asalnya yang ngeri lagi huduh itu.

Bidan esah hanya mampu menjerit dan tak mampu berbuat apa apa.akhirnya bidan esah menjadi mangsa pada malam itu.

Habis mata hati jantung dan organ dalaman bidan esah dimakan rakus oleh makhluk itu.

Pada pagi jumaat itu.seluruh penduduk kampung kecoh bidan esah pula menjadi mangsa makhluk itu

Polis pun tak dapat berbuat apa apa.kerana kes itu bukan kes jenayah.tapi kes misteri yang tak dapat dirungkai oleh mereka.

Bomoh pun dah banyak dipanggil ke kampung itu tapi semuanya gagal untuk menyekat makhluk ganas itu.

Setiap menjelang malam jumaat separuh penduduk kampung itu meninggalkan kampung itu untuk pergi kerumah saudara mara di kampung bersebelahan bagi mengelak menjadi mangsa seterusnya

Minggu berganti minggu setiap malam jumaat mesti ada korban berdarah dikampung itu

Seorang ustaz dikampung itu menjemput seorang ustaz yang tinggi ilmu agamanya dari daerah yang lain.untuk membantu penduduk kampung disitu

Ustaz itu tiba dikampung itu disambut orang kampung dengan harapan dapat menghuraikan masalah yang dihadapi penduduk kampung disitu.

Malam jumaat itu ustaz itu menyeru semua penduduk kampung berkumpul dimasjid

Seluruh penduduk kampung berkumpul dimasjid pada malam itu.selesai sahaja solat isyak ustaz itu menyuruh semua penduduk kampung tidur dimasjid itu.tanpa membenarkan seorang pun keluar dari masjid itu

Ustaz itu memanggil tiga orang mengikutnya pergi ke setiap rumah disekitar kampung itu.

Dari rumah ke rumah dimalam itu ustaz dan pengikutnya meronda dengan berhati hati

Tibalah disebuah rumah usang yang telah lama tak berpenghuni.
Bau haruman yang wangi menusuk nusuk hidung.semua terdiam dan mula memikirkan ada sesuatu yang tak kena dikawasan itu.

Mulut ustaz itu terkumat kamit membaca sesuatu.tiba tiba bau yang wangi itu bertukar menjadi busuk yang teramat sangat.

Ustaz itu pun berkata mari kita balik dan jangan sesiapa pun menoleh ke belakang

Sampai dimasjid semua orang pun bertanya kepada ustaz itu apa yang terjadi

Ustaz itu hanya menjawab jangan takut semua boleh diselesaikan.tapi ustaz itu tak membenarkan seorang pun keluar dari pagar masjid itu.

Dalam pukul 3.30 pagi terdengar suara orang meminta tolong terpekik pekik dari sebuah kawasan tak jauh dari masjid itu

Separuh Penduduk kampung yang tertidur pun terjaga mendengar suara orang menjerit itu yang semakin kuat

Pagi itu ustaz mengarahkan semua penduduk kampung pulang kerumah masing masing dan hanya tinggal ustaz itu dan tiga pengikut yang mengikutnya malam tadi

Ustaz dan pengikutnya pula terus pergi kerumah usang yang mereka pergi malam tadi.

Mereka memeriksa sekitar rumah usang itu.mendengar cerita dari pengikut ustaz itu.rumah itu dulu tempat seorang bomoh mengubati orang orang kampung yang sakit.

Tetapi bomoh itu hingga kini hilang entah kemana.tak seorang pun orang kampung tahu kemana bomoh itu pergi

Mulut ustaz itu mula terkumat kamit membaca sesuatu
Tiba tiba dari bawah rumah itu asap berkepol kepol keluar dari tanah.

semua pengikut ustaz tadi berdiri dibelakang ustaz itu.
Asap semakin berkurangan tetapi terpercik dan menyembur nyembur pula darah keluar dari tanah bawah rumah itu.

Ustaz itu terus menerus tanpa henti membacakan sesuatu.
Darah semakin banyak keluar dari tanah itu

Allahhuakbar laung ustaz itu berulang kali
Akhirnya darah yang keluar dari tanah itu berhenti
Bau busuk hanyir menusuk nusuk hidung mereka.

Ustaz itu mengarahkan seorang pengikutnya memanggil orang orang kampung dan menggali bawah rumah itu

Bawah rumah itulah kubur bomoh itu yang mati akibat benda peliharaannya.
Benda peliharaannyalah yang membunuh orang orang kampung.

Bersambung episod 2 tunggu