TERIMA KASIH

PROMO LAGU2 TERBARU DAN SEDAP

Ahad, 25 April 2010

SEMUT YANG MELATA

Jadilah kita seperti semut yang melata
mencari makan tanpa mengira bahaya
dan bencana
ke kiri ke kanan matanya mencari
makanan
walaupun secebis dan terselit dimana mana
jadilah seperti semut yang melata
biarpun jasadnya kerdil dan lemah
tapi jiwanya kental dan tabah
merantau jauh jauh
melalui segala macam jalan
jadilah seperti semut yang melata
menghormati rakan rakan seperjuangan
tanpa mengira umur dan kuasa
sentiasa tegur dan beramah mesra
jadilah seperti semut itu
rupa diri bukanlah sandaran semata mata
kerna kekuatan rohanilah kuncinya
hidup didunia bukanlah mudah seperti yang disangka
oleh itu tabahi hatimu
dalam mengharungi dugaan
dan kitalah lebih istimewa
dari semut yang melata
kerana kita adalah insan yang dinamakan
MANUSIA.
OLEH:MOHD FADHIL HAMZAH
ALOR STAR KEDAH.CTKN MEDIA TERKINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan